Selamat Melayari Laman Web SMK Kota Masai
Sekolah Cemerlang Pada Tahun 2009
Sejak March 2008, Anda Adalah Pengunjung Ke :
SMK Kota Masai juga menyediakan
" PORTAL SMK Kota Masai "
Sebagai tempat para pelajar berborak dan memberi pendapat
tentang pelbagai perkara pengajaran dan isu terkini
Hak Milik Terpelihara : satria SMKKM
Assalamualaikum w.b.k dan Selamat Sejahtera
Alhamdullilah dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, Laman Web SMK Kota Masai berjaya dibangunkan. Syabas kepada semua yang terlibat yang bertungkus lumus dalam usaha menzahirkannya sebagai Lidah Rasmi SMK Kota Masai, Pasir Gudang.
Saya yakin Laman Web SMK Kota Masai ini akan menjadi medium utama SMK Kota Masai dalam merakamkan aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh PIBG dan sekolah. Sememangnya saya mengakui bahawa kegiatan penerbitan Laman Web SMK Kota Masai ini merupakan satu pengorbanan yang tinggi dari segi masa, tenaga dan sebagainya. Apatah lagi masing-masing mempunyai tanggungjawab yang pelbagai dan menuntut komitmen yang tinggi dalam penghasilannya.
Dengan ini, saya juga berharap agar warga SMK Kota Masai supaya berganding bahu menggerakkan usaha bagi menjayakan hasrat murni Visi dan Misi sekolah.
Sekian, Terima kasih.
( Tuan Haji Nasuha Bin Paiman )